Ramadhan Dan Persediaan Untuk Kembali
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah,
bersyukur ke hadrat ilahi, yang masih membenarkan saya dan sahabat yang membaca
entry kali ini untuk hidup lagi di atas muka bumi ALLAH ini… Adapun sebilangan
di antara kita yang tidak diberi kesempatan untuk bermujahadah pada hari ke `15
Ramadhan ini, sepatutnya kita menghargai segala masa dan nikmat yang diberikan
kepada kita dan tidaklah dengan membuang masa membuat sesuatu yang tidak
menerbitkan rasa izzah kepada ALLAH Taala, yang tidak menyumbang kepada Islam,
dan sesuatu yang merugikan diri kita sendiri.
Suka
saya mengajak kalian bersama kita renungkan, pernahkah kalian merasakan amarah
yang teramat sangat, menggelegak air muka, merah padam menahan amarah, sehingga
lancang mulut mengeluarkan kata-kata keji tanpa menghiraukan hukum-hukum ALLAH
Taala. Adakah amarah kita itu kerana ALLAH Taala? Adakah disebabkan oleh
tindakan musuh yang menginjak-injak Islam, saudara-saudara kita? Adakah ianya
disebabkan oleh ada pihak yang menghina junjungan besar kita?
Pernahkah
kalian merasakan kesedihan yang tiada taranya lantas titisan air jernih keluar
dari celahan kelopak anak mata kalian? Adakah kesedihan itu disebabkan oleh
penyesalan di atas dosa kita yang lalu yang menggunung tinggi untuk kita raih
keampunan dan keredhaanNya? Ataupun kesedihan tersebut bukannya ditujukan
kepada ALLAH Taala? Mungkin disebabkan oleh urusan duniawi yang menjadikan kita
terasa lemah lantas menitiskan airmata?
Mungkin
kita tidak selalu bertanyakan soalan-soalan sedemikian kepada diri kita. Adapun
yang tidak pernah peduli mengenai hal sedemikian rupa. Sahabatku sekalian, di
bulan Ramadhan yang mulia ini, dimana hati-hati ini terbuka untuk beramal dan
mengejar keredhaanNya, ingin sekali saya mengajak kalian semua untuk
bermuhasabah kembali, bertanyakan kepada diri sendiri, milik siapakah hati ini?
Tawa kita, senda gurau kita, tangisan kita adalah untuk siapa? Dendam amarah
kita adalah untuk siapa?
Marilah
kita mencari pemilik hati ini agar tatkala kita dijemput pulang oleh ALLAH
Taala, kita tidak menangis kecewa, duka dan lara yang teramat sangat kerana
pada masa itu, baru kita sedari bahawa hati yang ada di dalam jiwa ini, hati
yang menjadi tunjang diri ini dalam beramal, hati yang kita belai bak menatang
minyak yang penuh, sebenarnya bukan milik ALLAH Taala, bahkan tetapi adalah
milik MAKHLUK Yang Maha Esa. Pada masa itu, tiadalah gunanya airmata darah
sekalipun, pujuk rayu, permohonan untuk kita kembali ke dunia untuk mencari
keredhaan rabb kepada hati ini. Kerana di saat itu, tangisan hanya tinggal
tangisan, permohonan hanya tinggal permohonan, dan ketahuilah, betapa ramai
manusia yang tenggelam bersama hati mereka sendiri disebabkan kesilapan mereka
di dalam percaturan ketika mana nikmat hidup itu masih berlari bersama mereka
suatu ketika dahulu.
Beberapa
petikan mengenai keadaan hati manusia,
Sabda
baginda s.a.w,
“Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul
daging. Apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak,
rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.” (H.R. Bukhari
dan Muslim)
Saiyidatuna
‘Aisyah r.a. telah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
“Manusia itu kedua matanya adalah sebagai penunjuk, kedua telinganya sebagai
pemberi isyarat awas, lidahnya sebagai juru bahasa, kedua tangannya sebagai
sayap, kedua kakinya sebagai posmen dan hatinya sebagai Raja. Jika Raja itu
baik maka baiklah bala tenteranya.”
Iman Ghazali dalam huraiannya mengenai erti
mendirikan solat mengatakan di antaranya ialah,
“Engkau
menjaga jiwa solat iaitu ikhlas dan kehadiran hati dalam segala bahagiannya.
Maka janganlah engkau sujud dan ruku’ melainkan apabila hati engkau sudah
bersedia melakukan khusuk, dengan apa yang dikerjakan oleh anggota zahir engkau
kerana yang dikehendaki di dalam solat ialah kepatuhan hati, bukan kepatuhan
anggota badan.”
Dari
keterangan tersebut nyata kepada kita bahawa yang utama bagi orang yang
mendirikan solat ialah jiwa atau hakikat solat, bukan rangkanya atau rupa
zahirnya sahaja.
Cuba
kita bersama renungkan sejenak kalam ini,“ketika kita melihat begitu ramai
manusia yang berjalan di atas muka bumi
ini, cuba kita tanyakan pada diri kita, rasa-rasanya ada berapa ramai yang
dihati mereka ada Allah.”Mungkin juga kita boleh refleksikan soalan ini kepada
diri kita sendiri. Adakah Allah di dalam hatiku? Sekiranya ALLAH itu wujud di
dalam hati kita, betahkah kita untuk membuang masa dengan perkara-perkara yang
dibawa oleh idelogi barat yang telah berakar umbi di dalam jiwa kita yang
berkarat dengan dosa ini? Betahkah kalian menyahut ajakan saya untuk
bertanyakan kembali ke dalam diri masing-masing, "ketika kita sibuk
menguruskan kehidupan kita, ketika kita sibuk dengan urusan belajar atau kerja
kita, berapa minitkah hati kita benar-benar merasai kehadiran Allah SWT."
Sesungguhnya, jiwa mana yang merasakan kehadiran Allah di dalam jiwanya,
nescaya mereka adalah orang yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH, dan orang
yang bertaqwa kepadaNya, tidak akan melakukan perkara-perkara maksiat di mata
ALLAH.
Ada
satu penyataannya yang membuatkan saya menangis “Cuba kita bayangkan, apabila
kita bertakbir untuk bersolat lalu Allah pun memandang kita dengan pandangan
rahmatnya. Allah memandang pada hati kita dengan penuh kasih sayang tetapi kita
memalingkan hati kita ke arah lain.” Bukankah ini yang sering berlaku, ketika
solatpun kita tidak mampu benar-benar menghadapkan wajah kita pada Dia yang
menjadikan langit dan bumi apatah lagi ketika kita sibuk dengan urusan
kehidupan kita.
Sahabatku
sekalian, marilah kita tinggalkan segala kata-kata dusta kerana Allah tidak
harapkan kepada puasa kita sekiranya kita masih lagi berdusta. Marilah kita
berkata benar pada diri kita. Bukankah selama ini kita banyak berdusta pada
diri kita. Kita berikrar setiap kali kita selesai takbiratul ihram
‘Aku
menghadapkan wajahku kepada Dia yang menjadikan langit dan bumi, dengan suci
hati dan penuh ketundukan…’
namun
hati ini sedang tertumpu kepada selain Allah SWT (Duniawi). Tidakkah kalian
merasakan bahawa ALLAH Taala sedang memandang kearah kita ketika mendengar panggilan
kita(ketika bersolat) tetapi kita yang sombong lalu memalingkan hati kita ke
arah lain. Tidak takutkah kita Apabila Allah menempelak kita diawal surah Al
Baqarah;
“Dan
diantara manusia ada yang mengatakan bahawa kami beriman kepada Allah dan hari Akhirat,
dan (padahal) bukanlah mereka itu orang-orang yang beriman. Mereka cuba menipu
Allah dan orang-orang beriman padahal tidaklah mereka menipu melainkan diri
mereka sendiri tetapi mereka tidak terasa”
Bukankah
ayat ini menggambarkan golongan Munafiq? Jadi berapa lama lagi kita nak menipu
Allah SWT dan menipu diri kita sendiri?”
Bersamalah kita renungkan dan bermuhajadah kembali di dalam mencari erti dan makna menjadi seorang hamba Ilahi.
Posted by Baitul Iqram. Posted In : Ramadhan