Sudut Info

Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh kepada semua pengunjung,

Insya ALlah pada ruangan ini, 71CopeSt akan turut berkongsikan beberapa product makanan di bumi Australia ini yang telah disoalkaji tentang bahan-bahan kandungan nya dengan pihak pengeluar (manufacturer). Beberapa makanan yang pada mulanya tergolong dalam kelompok "syubhah" atau "haram" telah diklarifikasikan bahan-bahan yang digunakan, untuk menjadikan nya bebas dari sebarang sumber yang haram Insya ALlah. Moga kita tergolong di kalangan mereka yang bebas daripada mengambil makanan dari sumber yang haram, Na'uzu biLlah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai Sekelian manusia makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah: 168)

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda:

“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya”. (riwayat At-Tirmizi).

Allah jua lah yang Maha Mengetahui.

Beberapa jenis makanan yang telah diperiksa dengan kerjasama pihak pengeluar. Insya ALlah HALAL berdasarkan bahan-bahan yang telah diklarifikasi oleh pihak pengeluar.


1) Coles $mart Buy Toast sliced white bread


2) You'll Love Coles Chocolate Wafer Breaks (gambar akan dinaikkan dalam masa terdekat)



Make a Free Website with Yola.